Ingkar PKP: 517 individu ditahan

0
2

Fitri Nizam

SERAMAI 517 individu ditahan atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 487 individu dikompaun manakala 50 lagi diteman.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan ingkar arahan PKP tertinggi adalah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal iaitu sebanyak 187 kes.

“Selain itu, tidak memakai pelitup muka (83), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63), aktiviti di pusat hiburan (56), aktiviti perjudian (42), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37) dan lain-lain (49),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 58,247 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,923 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,140 anggota telah membuat pemantauan di 3,476 pasar raya, 4,833 restoran serta 1,665 penjaja, 1,244 kilang, 3,289 bank dan 524 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,445 terminal pengangkutan darat, 249 terminal pengangkutan air serta 65 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Beliau berkata, Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua penyeludup dan merampas tiga bot serta tiga kenderaan darat.

“Sebanyak 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM (210), PDRM (54) dan AKSEM (10).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here