Emma Maembong, suami kongsi foto ‘baby boy’

0
2

Nurul Huda Abhar

PELAKON, Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 8 November lalu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG) nya sebentar tadi.

Malah, Shazli turut berkongsi foto, yang memaparkan mereka bertiga ketika itu berada di bilik sebuah hospital.

“Alhamdulillah…8.11.20 Allah is the greatest,” tulisnya ringkas.

Namun begitu, menerusi semakan Malaysiapost di laman IG milik Emma, pelakon tersebut masih belum membuat sebarang hantaran mengumumkan mengenai kelahiran itu.

Emma menerusi perkongsian Insta Story hanya menunjukkan hadiah barangan keperluan bayi yang diterimanya semalam.

Perkongsian mereka itu sekali gus menamatkan tanda tanya status baharu Emma, sebagai ibu.

Perkongsian Shazli di banjiri ucapan tahniah buat pasangan tersebut atas kelahiran anak sulung mereka, dan rata-rata peminat serta rakan-rakan artis memuji kecomelan bayi lelaki tersebut.

Terdahulu, media melaporkan Emma telah bersalin dan mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat bayi mereka.

Pasangan tersebut berkahwin pada 20 Febuari lalu dalam satu majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here