Sia-sia menabung di KWSP jika tak boleh guna ketika sesak – Noh

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] JIKA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh digunakan ketika saat kritikal ia tabungan yang sia-sia, kata Tan Sri Noh Omar.

Beliau (BN-Tanjung Karang) berkata, KWSP berkemampuan dan tidak bermasalah untuk membantu pencarum mengeluarkan simpanan masing-masing ketika situasi yang dialami ketika ini.

“Sekiranya tabungan kita selama berpuluh tahun tak dapat digunakan di saat kita terdesak begini, maka tabungan yang kita lakukan ini adalah sia-sia.

“Apa gunanya caruman hasil titik peluh sendiri tidak berguna saat krtikal begini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Noh berkata, pencarum bukannya minta mengeluarkan kesemua simpanan mereka di dalam KWSP tetapi hanya mahu mengeluarkan berdasarkan kemampuan yang diperlukan.

“Rakyat perlukan sumber kewangan untuk menjelaskan komitmen bulanan, keperluan harian mereka ini. Kenapa kita halang mereka mengeluarkan hak mereka sendiri?,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here