PARTI Amanah Selangor memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar tidak lagi menganggotai parti tersebut.
Setiausahanya, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam kenyataan berkata, Mohd Fakhrulrazi mengambil keputusan tidak lagi bersama Amanah untuk menyertai parti PKR.
“Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang oleh beliau terbatal serta merta.
“Amanah Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,” katanya hari ini.
Mohd Fakhrulrazi memegang jawatan Adun Meru mewakili Amanah bermula Mei 2018 yang sebelum itu dipegang oleh Dr Abdul Rani Osman.
Selain itu, beliau juga merangkap Naib Pengerusi Ketua Pemuda Amanah.
-Malaysiapost

