Sarjan maut rempuh penghadang jalan

0
3

SEORANG polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai, Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku jam 7.50 malam dan mangsa, Sarjan Fariq Raub, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Motosikal mangsa kemudian merempuh penghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.

Katanya, proses bedah siasat jenazah mangsa akan dijalankan jam 8.30 pagi hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
-Malaysiapost

Foto Kredit: Fb Info Roadblock JPJ/Polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here