Pengeluaran wang persaraan Australia bersasar – KWSP

0
2

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjawab perbandingan yang dibuat pelbagai pihak berhubung kebenaran pengeluaran wang persaraan Australia sehingga AUD10,000.

Menurut KWSP, pengeluaran Simpanan Persaraan yang dibenarkan kerajaan Australia adalah bersifat bersasar dan hanya diberikan kepada ahli yang kehilangan sumber pendapatan akibat Covid-19.

Menurut kenyataan itu, jumlah simpanan pekerja di Australia juga jauh lebih tinggi berbanding pekerja di Malaysia.

“Pengeluaran AUD10,000 akan dapat digantikan dalam tempoh setengah tahun sahaja manakala di Malaysia pula mengambil masa hampir tiga tahun.

“Purata gaji pekerja di Australia adalah sebanyak RM20,000 (AUD6,000) dan ia lebih tinggi berbanding gaji pekerja Malaysia iaitu RM2,000 (AUD667),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-Lestari dengan jumlah maksimum sebanyak RM6,000 ditambah pula dengan kemudahan i-Sinar yang amaunnya akan diumumkan kelak.

“i-Lestari diperkenalkan kepada semua ahli tidak kira sama ada masih bekerja atau tidak manakala pengeluaran Simpanan Persaraan Australia hanya untuk ahli yang kehilangan sumber pendapatan akibat Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi laporan berita Australia yang melaporkan bahawa kerajaan Australia membenarkan pengeluaran Simpanan Persaraan untuk pekerja yang terjejas akibat Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here