Guru ditahan bagi projek pada adik

0
2

SEORANG guru ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menggunakan kuasa dan kedudukannya dengan memberi projek kepada adik sendiri.

Suspek yang juga seorang lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Sungai Petani jam 11.48 pagi tadi, ketika hadir untuk memberikan keterangan berhubung siasatan ke atas dirinya.

Sumber berkata, suspek bertugas di sebuah sekolah di negeri ini menggunakan kedudukannya dengan melantik adiknya sebagai pembekal peralatan alat ganti automotif antara tempoh 2008 hingga 2015.

“Siasatan awal mendapati, keseluruhan projek yang dianugerahkan itu bernilai RM26,706,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas guru berkenaan.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here