Rapid Bus mulakan perkhidmatan percubaan van perantara LRT laluan T252

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

RAPID Bus Sdn Bhd iaitu anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad akan memulakan perkhidmatan percubaan van perantara LRT bagi laluan T252 dari PPR Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju (melalui PPR Desa Rejang).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yazurin Sallij, berkata percubaan ini akan dilaksanakan selama empat bulan mulai esok, iaitu dari 16 November sehingga 16 Mac 2021 menggunakan tiga van berwarna merah jambu dan berkapasiti 10 orang penumpang.

Katanya, perkhidmatan itu disediakan dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam dengan kadar tambang RM1 melalui kaedah pembayaran pas tanpa had My30, Touch ‘N Go dan kad konsesi sahaja.

“Laluan T252 ini adalah laluan baru yang sebelum ini tidak dapat dilalui oleh bas Rapid KL kerana adanya jalan-jalan yang terlalu sempit bagi kenderaan yang lebar.

“Kami berharap penduduk di sekitar laluan baru ini dapat mencuba perkhidmatan ini serta memberikan maklum balas kepada kami mengenai T252 ini.

“Segala maklumat dan maklum balas yang dikumpulkan akan dianalisis bagi tujuan pertimbangan Prasarana sama ada akan meneruskan atau mengembangkan perkhidmatan van perantara ini pada masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata bagi mengetahui lokasi semasa van, pelanggan digalakkan menggunakan aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk .

“Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian Rapid KL Helpline 03- 7885 2585 atau melalui laman media sosial Rapid KL atau emel ke [email protected],” katanya.-Malaysiapost