
PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED
MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu jujur memainkan peranannya sebagai orang tengah kepada pihak terbabit dalam kancah konflik Israel-Palestin bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berterusan di rantau itu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memetik laporan Bernama, perkara itu disuarakan Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini, yang menyeru masyarakat antarabangsa, terutama PBB memikul tanggungjawab penuh berdasarkan piagamnya dalam menyelesaikan konflik.
“Malaysia teguh menentang penindasan terhadap rakyat Palestin dan kekal mendukung perjuangan rakyatnya.
“Sokongan dan pendirian kami tidak berubah. Satu-satunya jalan keluar kepada konflik Israel-Palestin adalah melalui penyelesaian dua negara,” katanya pada sidang kemuncak itu, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Asean ke-37.
Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dwitahunan itu, berlangsung sehingga Ahad.
Diadakan secara maya ekoran Covid-19, sidang kemuncak itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi Asean.
EAS terdiri 10 negara anggota Asean, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat. – Malaysiapost
