Covid-19: KKM kesan 4 kluster baharu

0
2

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat empat kluster baharu telah dikenal pasti hari ini membabitkan Sabah, Sarawak dan Melaka.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kluster baharu itu ialah Kluster Bonggaya melibatkan daerah Sandakan di Sabah, di mana 46 kes dikesan positif Covid-19 dengan 33 kes baharu, manakala 123 individu negatif dan 74 lagi masih menunggu keputusan.

“Kluster Jambatan B pula di daerah Sandakan, Sabah dengan 53 kes dikesan positif Covid-19, iaitu 18 kes baharu dan 118 individu negatif serta 30 individu masih menunggu keputusan.

“Kluster Abell melibatkan daerah Kuching di Sarawak, di mana 14 kes dikesan positif Covid-19 (10 kes baharu), 13 individu dikesan negatif dan 43 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, Kluster BMU pula melibatkan daerah Jasin di Melaka, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 (10 kes baharu) dan 59 individu masih menunggu keputusan. – Malaysiapost

done