Jurang digital, semua rakyat mampu kelas online?

0
3

Zahida Zarik Khan

SEHARI dua lalu, Menteri Pendidikan telah mengumumkan penutupan semua sekolah di Malaysia lebih awal dari yang sepatutnya. Ia melibatkan lebih kurang tiga juta pelajar.

Kerajaan juga menzahirkan pembelajaran dalam talian akan diperhebatkan dan semua yang akan terlibat (pelajar dan guru-guru) harus bersedia dan mengamatinya.

Tetapi pada penghematan saya jurang digital yang ada sekarang adalah terlampau luas, terutama antara pelajar-pelajar di bandar dan luar bandar untuk pengajian dalam talian dapat dijalankan dengan jayanya.

Dalam Belanjawan 2021 kerajaan menyediakan pemberian komputer riba kepada 150,000 pelajar sahaja. Bagaimana dengan baki pelajar yang tidak menerima pemberian ini?

Bagaimana dapat mereka mengikuti pembelajaran dalam talian ini? Mengadakan komputer riba dalam kalangan masyarakat luar bandar yang terdiri golongan B40 ini bukannya perkara yang mudah.

Kos komputer riba, rata-ratanya RM1,000 ke atas sebuah. Menyediakan makanan harian sudah menjadi bebanan besar dikalangsn B40 ini, apatah lagi untuk berbelanja RM1,000 untuk sabuah komputer riba.

Kumpulan B40 berjumlah hampir 3 juta isi rumah (household) dan kerajaan hanya memperuntukan 150,000 buah komputer riba sahaja.

Ini belum diambil kira kumpulan M40 lagi yang juga berjumlah hampir 3 juta isi rumah.

Dengan pandemik Covid 19, mereka juga terkesan hampir sama dengan kumpulan B40 ini.

Bagaimana pula jurang digital terutama diantara bandar dan luar bandar? Laporan dari MCMC melaporkan 20% daripada penduduk Malaysia TIDAK mempunyai akses kepada rangkaian internet. Adalah mustahil mereka ini dapat mengikuti kelas dalam talian.

Saya berpendapat kelas harus dimulakan secepat mungkin dengan mematuhi SOP-SOP baru. Mungkin bilangan pelajar dapat dikurangkan kepada separuh sebelah pagi dan separuh lagi mengikutinya dibahagian petang. Peranan guru-guru harus diperhalusi dengan penambahan guru-guru diambil kira.

Pandemik Covid 19 ini akan terus berada dikalangan kita buat beberapa ketika lagi. Pendekatan baru harus difikir dan di implimentasikan.

Jangan lah mengambil langkah yang terlalu mudah dengan menutup sekolah-sekolah sedia ada.

Berdasarkan banyak aduan, kesan negatif turut dirasai oleh pengusaha Van Sekolah, peniaga Kantin, cleaner dan ramai lagi.

Saya juga menerima banyak aduan daripada ibu bapa yang anak-anak mereka tidak dapat memberi fokus pada pembelajaran kelas online yang dibuat oleh cikgu tuisyen masing-masing.

Sekarang ini saya jangkankan, pelajar-pelajar hanya memperolehi hanya 50% dari apa yang sepatutnya mereka pelajari. Kita telah 1/2 tahun terkebelakang, janganlah memburukkan lagi nasib anak kita.

Peperikasaan SPM telah dua kali di tangguhkan, dan tarikh baru SPM ialah pada Febuari 22 tahun hadapan. Keputusan SPM mungkin dalam bulan Mei, 2021. Ini telah menyebabkan langkah-langkah seterusnya di dalam pembelajaran mereka tergendala untuk ke pusat-pusat pengajian tinggi seterusnya.

Saya sedia memahami yang kesihatan dan keselamatan anak-anak itu paling utama, tetapi dalam masa yang sama kita mestilah memikirkan cara serta kaedah terbaik untuk memastikan pembelajaran mereka tidak terbantut.

Penulis ialah Ketua Puteri Umno
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang diambil dari Facebooknya dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost