Fitri Nizam
KES baharu positif Covid-19 hari ini mencatatkan 919 kes, namun di bawah paras kes sembuh iaitu 996.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu Sabah terus menjadi penyumbang terbesar apabila mencatatkan 318 kes.
Katanya, jumlah itu termasuk satu kluster baharu iaitu Kluster Teluk membabitkan 27 kes.
“Selain itu, Negeri Sembilan mencatatkan 240 kes, Selangor (174), Pulau Pinang (63), Kuala Lumpur (47), Labuan (35), Perak (9), Sarawak (8), Johor (8), Melaka (8), Kedah (3), Kelantan (2) dna Putrajaya (1),” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, terdapat 92 kes kini ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat satu kematian dicatatkan hari ini. – Malaysiapost
