400 penduduk Medan 88 ‘ghaib’

0
3

BANTUAN polis terpaksa ditagih selepas kira-kira 400 penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ‘ghaib’.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid, berkata jumlah penghuni yang tidak pulang ke kediaman masing-masing diperoleh melalui rakan dan jiran selepas polis mengepung kawasan itu pada jam 6 petang Selasa lalu.

Mohamad Zain berkata, pihaknya mengubah strategi untuk mengepung awal kawasan itu sebelum pelaksanaan PKPD diisytiharkan bagi mengelak penduduk melarikan diri.

Menurutnya, kawasan itu dihuni sekitar 800 penduduk dan pihaknya sedang mengesan mereka yang ‘ghaib’ melalui rakan sebilik, jiran serta aplikasi MySejahtera.

“Kita merayu penduduk yang tidak pulang supaya kembali membuat saringan kerana perkara ini membabitkan kesihatan bagi mengelak berlaku kluster baharu di luar kawasan,” katanya dilaporkan Berita Harian.

Mohamad Zain berkata, mereka yang gagal melakukan ujian saringan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pusat perniagaan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dikenakan PKPD sehingga 25 November, membabitkan 284 premis serta 800 penduduk. – Malaysiapost