KADAR nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) di negara menurun kepada kurang daripada 1.0 berbanding 2.2 ketika gelombang ketiga Covid-19 mula melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengurangan itu adalah petanda baik berdasarkan kes harian yang direkodkan sejak beberapa hari lalu.
“Semalam negara mencatatkan sebanyak 869 kes baharu berbanding unjuran sepatutnya iaitu 975 kes.
“Hari ini pula, sebanyak 822 kes direkodkan berbanding unjuran 975 kes.
“Ini menunjukkan kes harian semakin berkurangan dan ini adalah petanda baik,” katanya pada sidang media hari ini. – Malaysiapost

