SKUAD Selangor yang menjulang Piala Malaysia kali ke-28 pada 1995 hari ini tampil menuntut sebidang tanah yang dijanjikan kerajaan negeri 25 tahun lalu.
Selangor menewaskan Pahang 1-0 hasil jaringan emas David Mitchel dalam final Piala Malaysia 1995 dan dikhabarkan
Selepas menjulang piala berprestij itu, setiap pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah dikatakan dijanji anugerah sebidang tanah oleh kerajaan Selangor.
Dalam aksi final di Stadium Shah Alam itu, Selangor menewaskan Pahang 1-0 menerusi jaringan emas pemain import, David Mitchell.
Kini, genap 25 tahun, kapten Selangor 1995, Ismail Ibrahim, mendedahkan anugerah tanah itu masih belum diterima mereka sehingga kini, lapor Astro Arena.
“Pada tarikh hari ini, 25 tahun lalu tanggal 11 November 1995, pasukan Selangor telah menjulang Piala Malaysia kali ke-28 setelah menanti sembilan tahun untuk menjuarai piala keagungan bola sepak negara itu.
“Pada malam sambutan kejayaan menjuarai Piala Malaysia bertarikh 15 November 1995 di Kelana Jaya, telah diumumkan mengenai penganugerahan sebidang tanah kepada setiap pemain dan pegawai pasukan Selangor yang terbabit dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1995 dengan menumpaskan Pahang 1-0.
“Kami difahamkan bahawa pengumuman tersebut dibuat hasil daripada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada pagi itu,” katanya.
Ismail yang menyarung jersi nombor 16 ketika mewakili Selangor seterusnya berkata, pemain skuad 1995 adalah pihak yang menerima ganjaran, manakala pengurus pasukan ketika itu, Datuk Aini Taib, diamanah untuk menguruskannya bagi pihak pemain.
“Tetapi anugerah tersebut masih belum kami terima sehingga kini,” katanya. – Malaysiapost

