AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila meraikan sambutan ulang tahunnya di pantai berdekatan Avani Sepang Goldcoast Resort baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau tampil mohon maaf jika tindakannya itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Ahli DAP itu berkata beliau tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, iaitu negeri dia bermastautin.
“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan sy melanggar sebarang SOP Covid-19,” ciapannya menerusi Twitter.
Difahamkan, foto dimuat naik di Instagram miliknya itu diambil bersama kawan-kawannya di pantai tersebut dengan kapyen ‘thirty-one’ yang meraikan hari jadinya namun telah dipadam. – Malaysiapost

