Piala Malaysia: Kelantan FC tersingkir tapi Norizam puas hati

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman berpuas hati dengan pasukannya walaupun tersingkir dalam saingan Piala Malaysia, malam tadi.

Katanya, Kelantan FC hanya dibarisi pemain muda dan seorang pemain import ketika menentang pasukan Liga Super, UiTM FC.

“Kalah 3-2 menentang pasukan Liga Super UiTM FC.

“Walaupun pasukan Kelantan FC bermain dengan satu pemain import sahaja, lain semua ubi muda. Banyak percubaan dibuat termasuk terkena palang dua kali, dua kali tiang.

“Terima kasih semua team coach, pemainku sekalian, Saya puas hati malam ini. Kalah tapi bermaruah,” katanya menerusi Facebook.

Beliau juga yakin sekiranya aksi sama dikekalkan tanpa pemain import sekali pun Kelantan FC mampu mencipta kejayaan. – Malaysiapost