Perbicaraan 1MDB Najib dibatalkan

0
3

[Mahkamah] PERBICARAAN rasuah 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibatalkan susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan perkara ini pagi ini.

“Ya, dibatalkan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Ia bagi menjawab soalan apakah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengosongkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada hari ini hingga hari Khamis, susulan PKPB di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang dilanjutkan hingga awal Disember.

Beliau turut memaklumkan mahkamah belum menetapkan tarikh baharu perbicaraan tersebut.

Najib dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion. – Malaysiapost