SABAH telah mencatatkan 20,422 kes positif Covid-19, iaitu lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia sejak wabak itu melanda negara awal tahun ini.

Secara keseluruhan Malaysia mencatatkan 40,209 kes yang mana 19,787 kes adalah membabitkan lain-lain negeri.
Kes harian Covid-19 di Sabah meningkat secara mendadak pada gelombang ketiga pandemik itu di negara ini lebih sebulan lalu.
Jumaat lalu, Sabah mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,199 kes daripada 1,755 kes dalam negara.
Secara keseluruhannya Selangor adalah negeri kedua tertinggi kes Covid-19 iaitu 6,149 kes, diikuti Kuala Lumpur (3,175), Kedah (2,209), Negeri Sembilan (2,053) dan Pulau Pinang (1,360).
Negeri-negeri lain mencatatkan kes di bawah 1,000 dengan Perlis paling sedikit iaitu 38 kes. – Malaysiapost

