Padah Tik Tok dengan seragam polis

0
2

PADAH menimpa bekas sukarelawan polis yang menggunakan pakaian seragam itu bagi merakamkan video menerusi aplikasi Tik Tok apabila dia diberkas dalam satu serbuan di Jalan Medan Niaga, Kuala Selangor, semalam.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 41 tahun itu dibuat selepas polis menerima laporan
berhubung tindakan suspek yang suka memuat naik video di Tik Tok dengan mengenakan seragam polis.

Satu sumber berkata, bertindak atas maklumat pihak polis menahan suspek di sebuah restoran makanan pada jam 1 tengah hari.

Katanya, berpandukan maklumat daripada suspek pihak polis menyerbu rumahnya di Taman Kuala Selangor sebelum menemui dua pakaian seragam polis yang lengkap dengan aksesori termasuk tanda nama, topi dan lain-lain.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah bekas sukarelawan polis pada tahun 2014 dan tidak memulangkan seragam itu selepas khidmatnya tidak diperlukan.

“Hasil soal siasat suspek mengaku mahu meniru gaya pelakon Rajnikanth menerusi filem Darbar,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 30 saat menunjukkan seorang lelaki berjambang memakai seragam polis meniru aksi Rajnikanth dimuat naik menerusi Tik Tok. -Malaysiapost