Senario Aisyah, Kevin, Vijay jadi contoh Belanjawan 2021

0
2

Fitri Nizam

[Belanjawan] MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz memberikan tiga senario untuk memudahkan masyarakat memahami intipati Belanjawan 2021.

Beliau berkata, kerajaan ingin menekankan bahawa Belanjawan ini sememangnya mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Pelbagai inisiatif telah diumumkan dan izinkan saya berkongsi beberapa contoh bagaimana Belanjawan ini mampu memanfaatkan rakyat.

Pertama: Puan Aisyah yang bekerja dengan pendapatan tidak tetap sekitar RM1,000 sebulan perlu menyara empat orang anak telah termasuk dalam kategori miskin. Puan Aisyah layak menerima antaranya bantuan kebajikan, Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Pembayaran Bersasar dan Program Jaringan Prihatin. Jumiah manfaat yang bakal diterima di bawah Belanjawan 2021 bernilai RM13 ribu;

Kedua: Encik Kevin yang mempunyai dua orang anak baru sahaja_ kehilangan pekerjaan dan sebelum ini berpendapatan isi rumah RM3,500 sebulan termasuk dalam kategori B40. Beliau layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat, pengeluaran caruman KWSP, Bantuan Pembayaran Bersasar, lanjutan skim insurans pekerjaan dan Program Jaringan Prihatin. Manfaat yang diterima Encik Kevin kira-kira RM15,600;

Ketiga: Encik Vijay berpendapatan bulanan RM10,000, mempunyai seorang anak, dan menjaga ibu yang sedang sakit. Beliau seorang pengusaha syarikat pelancongan dengan 10 pekerja dan terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19. Beliau layak mendapat penjimatan cukai pendapatan, pengurangan caruman KWSP dan program subsidi upah bersasar. Jumlah yang diterima termasuk manfaat untuk mengekalkan 10 orang pekerjanya dianggarkan berjumlah RM21,500. – Malaysiapost