RM50 juta sedia latihan, penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan

0
2

[Belanjawan] Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan segmen ekopelancongan.

“Seterusnya, bagi memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta disediakan bagi kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara.

“Sejumlah RM20 juta juga diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi Kampung Kampung Budaya di negeri Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.

“Selain itu, RM10 juta diperuntukkan bagi memastikan bangunan warisan kebangsaan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, dan Carcosa Seri Negara juga akan terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan,” katanya. – Malaysiapost