Kabin kru hilang pekerjaan ditawar hadir uji bakat jadi pelakon

0
2

PENGARAH terkenal, Shahrulezad Mohamaddin menawarkan bekas kabin kru penerbangan yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 untuk menjadi pelakon.

Menerusi Facebook, Shahrulezad meminta bekas pekerja berkenaan untuk menghantar maklumat diri dan akan mengadakan ujibakat secara atas talian untuk memberi peluang kepada mereka menjadi wajah baharu untuk drama terbitannya.

“Untuk bekas kabin kru Malindo air dan Air Asia, kami memahami keadaan anda, sila mesej profil anda, mungkin kita boleh buat ujibakat online.

“Mungkin anda wajah baharu untuk projek kami TV siri seterusnya.. let’s do magic!! Untuk maklum balas segera sila berhubung dengan penerbit eksekutif, Hisham A Karim.

Tambah Pengarah Drama ‘Nur Kasih’ itu, beliau bukan hanya mahu pramugari atau pramugara saja tapi membuka ruang kepada mereka di luar sana yang ingin mencuba.

“Actually offer ini bukan utk bekas Flight Attendant saja tau. Sesiapa yang berminat pun boleh cuba,” katanya.

Baru-baru ini, Malindo Airways melaksanakan pemberhentian pekerja membabitkan 2,647 kakitangan sejak 1 November lalu. -Malaysiapost