Inilah logo baharu Kelantan FC

0
2

KELANTAN FC hari ini mendedahkan logo baharu yang telah diubahsuai untuk kegunaan kelab itu.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, terdapat beberapa perubahan telah dibuat terutamanya kepada imej haiwan yang dikatakan sebelum ini lebih mirip kepada kepala seekor rusa, bukannya kijang.

Susulan itu, ia dapat menyelesaikan isu mengenai rekaan kepala rusa mirip kepada rekaan di laman web ‘stock vector’ yang didedahkan sebelum ini.

Sebelum ini, TRW Kelantan FC mengumumkan pemenang bagi pertandingan mencipta logo baharu untuk digunakan Kelantan FC pada musim hadapan.

Namun, logo rekaan Muhammad Afiff Hakimi Anuar itu dikritik kerana didakwa tidak menggunakan imej kijang iaitu maskot rasmi pasukan pantai timur berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Kelantan FC memaklumkan ia sebenarnya masih tertakluk kepada perubahan yang bakal dibuat oleh pemilik, Norizam Tukiman. – Malaysiapost