PETUGAS media Pulau Pinang yang dikenal pasti kontak rapat dengan kes positif Covid-19 disahkan negatif pandemik itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau menerima makluman daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri berhubung keputusan ujian saringan petugas media yang membuat liputan sidang media di pejabatnya pada 28 Oktober itu, hari ini.
“Bagaimanapun, beliau masih perlu menjalani kuarantin wajib sehingga lengkap 14 hari. Ujian kedua akan dilaksanakan pada hari ke-13.
“Justeru, semua individu yang berada di majlis sidang media pada 28 Oktober 2020 dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan luar dan pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika bekerja atau berada di tempat awam,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

