Covid-19: GSC, TGV Cinemas ditutup sementara waktu

0
2

RANGKAIAN panggung wayang GSC Cinemas dan TGV Cinemas akan menutup sementara kesemua panggung wayang mereka berkuat kuasa 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Penutupan itu adalah langkah bagi mengawal penularan Covid-19 yang kembali menular dengan tinggi kebelakangan ini.

GSC Cinemas dan TGV Cinemas masing-masing memaklumkannya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Twitter.

“Tindakan ini selari dengan kehendak industri dalam memastikan setiap pawagam bebas daripada jangkitan Covid-19.

“Tindakan ini cuma sementara dan kita akan ikuti perkembangan semasa Covid-19 sebelum pengumuman untuk membuka semula pawagam dibuat,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, langkah sama diambil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila semua panggung wayang diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Penutupan ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas PKP apabila melihat kepada situasi semasa Covid-19 di negara. – Malaysiapost