Pengecualian caj RM1 di ATM masih kekal

0
2

PENGECUALIAN caj RM1 di semua rangkaian mesin ATM MEPS masih dikekalkan sehingga hari ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

“Bila pengecualian itu tamat, ia belum diputuskan Kementerian Kewangan. Setakat ini, nikmatilah faedah yang diberikan itu iaitu tidak perlu membayar caj RM1.

“Kita doakan, lagi lama lagi bagus tapi Kementerian Kewangan akan menentukan tamat tempoh atau tidak atau berapa lama ia akan dipanjangkan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai sehingga bila pengecualian caj RM1 di semua rangkaian ATM akan dilanjutkan. – Malaysiapost