Tegar kini bergelar bapa

0
2

PENYANYI Indonesia Tegar Septian, 19, kini bergelar bapa di usia muda apabila isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan bayi lelaki, baru-baru ini.

Perkongsian itu dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) Story menerusi foto dimuat naik teman terdekatnya.

Temannya itu mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan Tegar ulang muat naik kembali.

Dalam foto berkenaan, penyanyi ‘Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang’ itu kelihatan ceria di samping bayinya.

Bagaimanapun, Tegar belum mengumumkan nama anaknya itu.

Memetik laporan Agensi, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu di sini. Keputusannya mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia semuda itu.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengumumkan isterinya hamil. Ternyata dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Bagaimanapun dia kemudian hidup miskin semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan. -Malaysiapost