PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disambung 14 hari

0
3

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disambung selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan Covid-19.

Sebelum ini, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan selama 14 hari ketika ini bermula 14 Oktober lalu berikutan peningkatan kes Covid-19.

“Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selama 14 hari lagi. Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti yang diumukan sebelum ini.” katanya ketika sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPB juga akan dilaksana di zon Nilai, Negeri Sembilan berkuatkuasa 28 Oktober sehingga 10 November 2020.

Katanya, SOP bagi PKPB di zon Nilai adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Mengambil kira peningkatan kes positif di lokaliti ini, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), bersetuju laksanakan PKPB di Zon Nilai.

“Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, aktiviti sosial tidak dibenarkan. Aktiviti sukan dibenarkan seperti tertakluk dalam SOP sukan sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan selama 14 hari ketika ini bermula 14 Oktober lalu berikutan peningkatan kes Covid-19. -Malaysiapost