Hamilton atasi rekod Schumacher

0
3

REKOD kejuraan perlumbaan terbanyak Formula Satu (F1) yang dipegang selama 14 tahun oleh legenda, Michael Schumacher lebur, hari ini.

Lewis Hamilton berjaya mengatasi rekod Schumacher apabila meraih kejuaraan ke-92 selepas mengungguli saingan Grand Prix (GP) Portugal.

Pencapaian itu menyaksikan Hamilton mencipta sejarah dengan dia kini memegang rekod kejuaraan terbanyak dalam perlumbaan F1.

Pemandu Britain berkenaan berjaya menyamai rekod Schumacher yang meraih 91 gelaran selepas menjuarai perlumbaan GP Eifel, awal bulan ini.

Hamilton turut berpeluang menyamai satu lagi rekod Schumacher sekiranya berjaya meraih gelaran dunia ketujuh musim ini.

Sebagai rekod, kejuaraan di Portugal adalah yang kelapan buat dirinya dalam perlumbaan musim ini.

Dia turut melebarkan kedudukannya di tangga teratas carta kejuaraan dunia ke atas rakan sepasukan di Mercedes, Valtteri Bottas yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen melengkapkan kedudukan podium apabila menamatkan saingan di tempat ketiga manakala Charles Leclers dari Ferarri keempat. -Malaysiapost