Ambil kira kepentingan rakyat bukan diri sendiri

0
3
KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER 2015. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii pada sidang selepas Mesyuarat Pemuda UMNO Wilayah di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh. NSTP/Abdullah Yusof

PEMIMPIN pembangkang sepatutnya mengambil kira kehendak dan kepentingan rakyat serta mengetepikan semua keinginan dan kepentingan diri sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii, berkata, semua pemimpin pembangkang jelas mahukan penyelesaian dalam kemelut politik yang dihadapi negara ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyelesaian yang dimahukan turut diselitkan permintaan untuk kepentingan mereka.

“Seharusnya mereka membaca apa kehendak rakyat dan kepentingan rakyat. Mereka ketepikan kesemua keinginan dan kepentingan mereka dan memberi sokongan tanpa ada syarat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh, DAP menawarkan kerajaan Perpaduan antara syarat memberi sokongan kepada bajet.

“Tidak hirau dengan kepentingan rakyat, masih meletak syarat kerana mahu masuk kerajaan.

“Syed Sadiq meletakan syarat untuk tidak diadakan pilihanraya. Malah Amanah pula meletakan kata-kata ugutan sama seperi PKR,” katanya.

Beliau berkata, itu adalah perangai orang politik yang tidak menjadikan rakyat sebagai keutamaan.

Sebaliknya, Umno sudah buat pendirian untuk tidak akan memikirkan soal politik dan akan bekerja ke arah kepentingan rakyat tanpa syarat.

“Itu kenyataan terbaru Presiden Umno,” katanya. -Malaysiapost