Debut Luqman di Belgium

0
3

PENYERANG muda negara Luqman Hakim Shamsuddin telah melakukan penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk dalam aksi Jupiler Pro League ketika bertemu Anderlecht awal, pagi tadi.

Luqman masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 perlawanan ketika pasukannya ketinggalan 0-3 di belakang skuad yang dibimbing oleh Vincent Kompany, selepas Ketua Jurulatih KV Kortrijk Yves Vanderhaeghe mengeluarkan Petar Golubović.

Perlawanan yang berlangsung Stadium Guldensporen menyaksikan pasukan pelawat mendahului menerusi jariangan penyerang mereka Lukas Nmecha pada minit ke-6 dan 65, manakala Percy Tau pula minit ke-35.

Kemasukan pemain berusia 18 tahun menggantikan pemain pertahanan itu dilihat sebagai tindakan bagi mencari lebih peluang untuk KV Kortrijk mencari gol untuk merapatkan jurang selepas kelab itu gagal menemui sentuhan penyudah seperti yang diharapkan.

Bagaimanapun, keputusan perlawanan KV Kortrijk berakhir dengan kekalahan 1-3 ditangan Anderlecht, namun aksi penampilan pertama Luqman mungkin lebih manis dan akan menjadi bualan peminat bola sepak di Malaysia.

16 minit pertama aksi Luqman ketika debut dalam saingan Jupiler Pro League itu diharapkan akan memberikan lebih keyakinan serta mempercepatkan proses adaptasi dan penyesuaian untuk beliau tampil lebih padu pada masa depan.

Ia adalah kekalahan keempat KV Kortrijk untuk saingan Jupiler Pro League musim ini dan ketika ini mereka menghuni kedudukan ke-9 liga dengan 14 mata dengan Anderlecht melonjak ke kedudukan ke-6 hasil kemenangan tersebut dengan mengumpul 17 mata. – Malaysiapost

https://twitter.com/malayantiger_co/status/1319768871327264768?s=09