Ibrahim serah keahlian nombor satu Putra kepada Tun M

0
8

TUN Dr Mahathir Mohamad kini diumumkan sebagai ahli nombor satu
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Timbalan Presiden Putra Tan Sri Mohd Khalid Yunus berkata, bekas Perdana Menteri itu mengambil alih nombor ahli yang sebelum ini milik Presiden Datuk Ibrahim Ali.

“Nombor ini biasa dipegang oleh orang nombor satu,” kata Mohd Khalid pada sidang media mengumumkan Dr Mahathir menyertai Putra, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Mohd Khalid menjelaskan, Ibrahim sendiri sedia menyerahkan jawatan presiden kepada Mahathir.

Jelasnya, ahli Putra yakin keputusan pucuk pimpinan parti sekali gus menyokong perancangan Dr Mahathir “bagi mencapai matlamat bersama kita”.

“Saya minta ketepikan apa jua bentuk kepentingan peribadi peribadi untuk capai hasrat cita-cita tersebut,” katanya.

Pada masa sama, susulan penyertaan Dr Mahathir hari ini, Khalid memaklumkan pucuk pimpinan parti sedia mempercepatkan persidangan perwakilan Putra yang sepatutnya diadakan pada pada 7 Mei kepada 8 April bagi menetapkan barisan pemimpin baharu parti itu.

“Kita dah sedia buat barisan pimpinan Putra 8 April,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir pada sidang media itu, meneruskan ‘serangannya’ mengenai kedudukan orang Melayu, yang disifatkan kini “lebih banyak masalah” kerana tidak menguasai politik dan ekonomi.

“Orang Melayu tak harus jadi kumpulan yang termiskin. Kalau kita orang Melayu masih berpecah, lemah tak dapat kuasa politik. Tak kuasai politik, masa depan Melayu akan gelap,” katanya.

“Sebelum saya mati saya akan kerja untuk bangsa saya,” katanya.

Dr Mahathir turut menyentuh perkembangan Umno yang menyifatkan suatu masa dahulu parti itu berjuang untuk orang Melayu namun sebaliknya kini menjadi sebuah “parti kecil”.

“Tak boleh berjuang, sebab kena ambil kira pendapat yang lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here