More

    Pendaftaran baharu, kemas kini STR mulai hari ini

    PENDAFTARAN baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka selama sebulan, mulai hari ini sehingga 31 Mac ini.

    Sehubungan itu, mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan boleh mengemukakan permohonan masing-masing.

    Bagi penerima sedia ada pula, mereka juga boleh mengemaskini data sekiranya mempunyai sebarang perubahan maklumat.

    Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), STR pada tahun ini akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

    “Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” menurut kenyataan itu hari ini.

    Sementara itu, katanya, data penerima STR fasa satu akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error.

    “Selain itu data daripada beberapa agensi kerajaan akan disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

    “Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya

    Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. – Malaysiapost

    spot_img

    Latest articles

    Related articles

    spot_img