Malaysia-Arab Saudi tidak tumpu pada sektor haji, umrah sahaja – Anwar

0
3

KERJASAMA Malaysia-Arab Saudi tidak hanya tertumpu pada sektor haji dan umrah sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut menerokai peluang lain yang berpotensi sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala dengan Arab Saudi.

Perdana Menteri berkata, pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah dan delegasinya hari ini telah membuka beberapa peluang kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

“Tengah hari tadi, saya telah menerima kunjungan hormat dari Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, TYT Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah bersama delegasi beliau.

“Kami telah berbincang kerjasama yang lebih erat terutamanya terkait isu melancarkan pelaksanaan haji dan umrah bagi rakyat Malaysia.

“Kami turut berbincang mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang lain termasuk pelancongan, pendidikan, pelaburan dan perdagangan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Justeru, Anwar berkata, hubungan rapat Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin selama ini diharap akan menjadi lebih erat demi kemaslahatan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here