‘Toby’ kucing kesayangan Syed Saddiq mati mengejut

0
3

HARI sedih buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas kucing kesayangannya bernama ‘Toby’ dilaporkan mati.

Syed Saddiq berkongsi berita itu menerusi Facebooknya pagi tadi, selain menzahirkan rasa rindu serta sedih di atas kehilangan haiwan peliharaannya itu.

“Toby, kucing kesayangan saya telah meninggalkan kami. Secara tiba-tiba.

“Sangat sedih. Saya sangat merinduinya. Terima kasih kerana berada di samping saya ketika masa sukar. Semoga kamu bersemadi dengan dengan baik di ‘syurga kucing’,” tulisnya.

Hantaran berkenaan mendapat reaksi pengikut media sosialnya dengan rata-rata menzahirkan rasa simpati terhadap Syed Saddiq dan keluarga.

“Saya memahami perasaan YB ketika ini, terus kuat.

“Semoga Toby bersemadi dengan aman, kehilangan haiwan tersayang umpama kehilangan ahli keluarga,” antara komen netizen.

Tahun lalu, Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.9 juta.

Beliau turut mengiystiharkan dua ekor kucing peliharaannya bernama ‘Toby’ dan ‘Meow Meow’ sebagai aset yang tidak ternilai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here