Tuduhan Shafie tidak benar, saya tak beli Adun pembangkang – Hajiji

0
3

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menepis dakwaan membeli wakil rakyat pembangkang untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sekali gus mengekalkannya menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa wakil rakyat parti itu telah dibeli agar keluar meninggalkan parti berkenaan.

“Tuduhan Mohd Shafie itu tidak benar sama sekali kerana beliau marah dan kecewa selepas beberapa wakil rakyat keluar Warisan.

“Boleh tanya sendiri kepada bekas wakil rakyat Warisan kenapa mereka bertindak demikian. Apa yang jelas wakil rakyat pembangkang berbuat demikian secara sukarela dan bukannya dibeli,” katanya.

Hajiji berkata kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Festival Duang di Rumah Kebudayaan Rumpun Bajausama di Kampung Lok Batik, Tuaran, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji yang kini mengetuai Gagasan Rakyat berterima kasih kepada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony kerana menyatakan sokongan kepada beliau dan kerajaan negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here