Elaun pembantu Kemas naik RM800 tanda penghargaan kerajaan – Zahid

0
3

KENAIKAN elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daripada RM500 kepada RM800 sebulan, sebagai penghargaan kepada kakitangan jawatan itu di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahd Hamidi, berkata kakitangan PPMS telah melaksanakan tugas bersungguh-sungguh memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

“Alhamdulilah. Kerajaan juga bersetuju di bawah peruntukan Kementerian Kewangan untuk menaikkan Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) daripada RM500 kepada RM800 sebulan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa berkata, kerajaan bersetuju menaikkan elaun seramai 9,439 kakitangan PPMS bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup mereka.

“Kenaikan elaun ini adalah sebagai penghargaan kepada PPMS yang melaksanakan tugas seperti menyediakan keperluan makan minum, membantu memastikan aspek kebersihan premis dan memastikan keselamatan kanak-kanak dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menambah elaun kakitangan PPMS, daripada RM500 kepada RM800 sebulan.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here