Hutang negara bakal jangkau RM1.2 trilion tahun ini – PM

0
3

HUTANG negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata jika dihitung hutang dan liabiliti, ia mencecah RM1.5 trilion atau 81 peratus KDNK.

Tambahnya, bayaran khidmat hutang tahun ini juga mencecah RM46 bilion atau 16 peratus daripada hasil iaitu telah melebihi had maksimum 15 peratus yang selama ini diamalkan.

“Bayaran RM46 bilion ini hanyalah untuk kadar faedah atau bunga pinjaman.

“Dewan yang mulia ini harus diingatkan, sudah 25 tahun kerajaan berbelanjawan defisit, hutang negara terus bertambah.

“Kita pernah berhutang untuk membangun tanah FELDA dan itu tidaklah digusarkan tetapi berhutang untuk membiayai projek mega tanpa faedah mengundang persoalan apakah kita mengkhianati amanah sekiranya generasi anak muda dibebani dengan hutang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Malaysia MADANI 2023 hari ini.

Menurut Anwar, pembentangan Belanjawan 2023 yang beliau rumuskan sebagai Belanjawan MADANI ini ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai yang luhur.

Katanya, ia mampu mendepani tantangan semasa termasuk tantangan ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here