‘Kalau dulu tak perlu dakwa, tangkap terus bawah ISA’

0
3

SEORANG ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa kononnya Perdana Menteri itu berdendam lebih teruk daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata berbanding Anwar yang mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap bekas Timbalan Menteri, Datuk Awang Hashim.

“Kalu dulu tak payah dakwa… Tangkap terus bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ramai yang kena,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ahmad Shabery turut memuatnaik tangkap layar laporan berita kenyataan Awang yang mendakwa Anwar lebih pendendam berbanding Dr Mahathir.

Semalam media melaporkan, Anwar mengemukakan LOD kepada Awang berhubung kenyataannya yang menuduh Perdana Menteri itu berdendam lebih teruk daripada Dr Mahathir.

Menurut peguam Anwar dalam surat bertarikh semalam, Awang dituntut menarik balik kenyataannya secara terbuka, memohon maaf tanpa syarat dan berjanji tidak akan mengulangi dakwaan fitnah itu.

“Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk menuntut daripada anda seperti berikut: Menarik balik perkataan fitnah secara terbuka, serta-merta dan tanpa ragu-ragu serta menarik balik semua komen yang menyinggung perasaan dan memfitnah.

“Permohonan maaf tanpa syarat itu dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan oleh kami sebagai penasihat undang-undang untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihan peguam kami.

“Dan aku janji bertulis oleh anda untuk tidak mengulangi sebarang dakwaan atau komen seperti dalam perkataan fitnah dalam artikel,” katanya.

Melalui LOD berkenaan juga Anwar menuntut Ahli Parlimen Pendang itu memberikan kos pampasan substantif atas kerosakan reputasinya sebagai Perdana Menteri, serta semua kos perundangan yang timbul daripada perkara tersebut.

Kelmarin, Awang dilaporkan berkata Anwar lebih berdendam daripada Dr Mahathir selepas seorang pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah di mahkamah.

Wan Saiful merupakan ketua penerangan Bersatu dan meletakkan jawatan tersebut semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here