Dr Akmal sahkan bertanding Ketua Pemuda Umno, Hasmuni tarik diri

0
3

EXCO Kerajaan Melaka, Dr Muhamad Akmal Salleh mengesahkan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu, Mac ini.

Dr Akmal, 35, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau telah menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat Umno petang tadi.

“Alhamdulilah selesai hantar borang untuk menawarkan khidmat saya sebagai ketua pemuda Umno Malaysia petang ni.

“Mohon doa dan bantu saya. Pemuda cara kita,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka itu adalah pemimpin Pemuda Umno pertama menghantar borang pencalonan bagi jawatan itu, yang masih dibuka sehingga 26 Februari ini.

Sementara itu, khabar angin bertiup kencang bahawa Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Hasmuni Hassan yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu telah menarik diri.

Difahamkan, Hasmuni akan menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang turut menyatakan hasrat bertanding jawatan terbabit difahamkan masih belum mengemukakan borang pencalonannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here