HIMPIT 2023: Polis rakam keterangan penganjur

0
3

POLIS telah merakam percakapan penganjur program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 dan 11 individu lain.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, proses itu turut membabitkan ahli jawatankuasa himpunan tersebut.

Menurutnya, proses merakam percakapan sebahagian lagi peserta program himpunan itu akan terus dilakukan.

“Setakat ini proses merakam percakapan daripada 12 individu termasuk penganjur dan ahli jawatankuasa program HIMPIT 2023 selesai dilakukan,” katanya menerusi kenyataannya hari ini.

Jumaat lalu, Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) menganjurkan program HIMPIT 2023 di daerah Setiu yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, himpunan tersebut mencetus polemik dan kecaman apabila peserta perarakan berarak sambil membawa replika senjata. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here