Intan Najuwa bertunang dengan Datuk?

0
3

DALAM diam-diam pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah bertunang lagi dengan seorang lelaki bergelar Datuk.

Difahamkan majlis pertunangan mereka diadakan di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru secara tertutup, lapor Mstar yang memetik sumber.

Pasangan itu juga dikhabarkan bakal bernikah pada tahun ini.

Menurut sumber, lelaki tersebut turut mengikuti rombongan aktres berkenaan ketika menunaikan ibadah umrah pada Januari lalu.

“Tidak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang baharunya ada pangkat Datuk.

“Majlis bertunang baru-baru ini diadakan secara tertutup,” kata sumber itu.

Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka putus.

Intan memaklumkan tiada persefahaman antara dia dan bekas tunangnya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here