Anak MP Bersatu tanding Naib Ketua Pemuda Umno

0
3
Ikmal Hazlan

EXCO Pemuda Umno, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bagi Pemilihan Umno sesi 2023/2026 akan datang.

Beliau berkata, dengan tekad dan visi yang bakal ditawarkan kepada Pergerakan Pemuda Umno, Ikmal Hazlan memohon diberikan ruang untuk terus berkhidmat dengan peranan yang lebih signifikan dan cabaran yang lebih besar.

“Saya mohon sokongan dan kepercayaan dari seluruh perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sementara itu, Ikmal Hazlan berkata yakin dapat membantu Pemuda Umno untuk terus kekal relevan dan mendapat sokongan dari orang muda semula jika dipilih untuk jawatan tersebut dalam pemilihan akan datang.

“Insya-Allah, dengan kudrat dan usia saya yang bakal menginjak 33 tahun, marilah kita bersama-sama berjuang dengan penuh hikmah dan dedikasi dalam perjuangan yang panjang ini. Kita mampu lakukanya bersama, kepada Allah kita berserah,” ujarnya.

Pencalonan Ikmal Hazlan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno menarik perhatian berikutan bapanya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz adalah wakil rakyat daripada Bersatu.

Ikmal Hisham adalah bekas Ahli Parlimen Tanah Merah sejak 2013 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Tanah Merah sebelum dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Ogos 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here