Kerajaan Muhyiddin rekod kos selenggara kereta menteri tertinggi – PM

0
3

KOS penyelenggaraan kereta menteri pada 2020 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan perbelanjaan RM672,000 tertinggi berbanding pada tahun berikutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kos penyelenggaraan kenderaan menteri pada 2021 membabitkan RM478,991.50 manakala bagi tahun 2022 sebanyak RM450,690.66.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jumlah keseluruhan penyelenggaraan bagi tempoh 2020 hingga 2022 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.601 juta.

“Menteri-menteri Persekutuan dibekalkan dengan kenderaan rasmi jawatan (KRJ) model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

“Kerajaan membayar kos pajakan bulanan terdiri daripada kos sewaan serta kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ tersebut,” katanya.

Anwar berkata demikian menjawan soalan Ahli Parlimen Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari 2020 hingga 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here