Belanjawan 2023 penting perkukuh kedudukan Anwar

0
3

PEMBENTANGAN Belanjawan 2023 pada minggu depan menjadi petunjuk penting kedudukan dan masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, selain itu ia juga akan memastikan kelangsungan hayat Kerajaan Perpaduan selain prospek untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Sekiranya Anwar sebagai Menteri Kewangan berjaya mengemukakan Belanjawan 2023 dengan meletakkan asas reformasi ekonomi yang kukuh bagi menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat maka masa depan Kerajaan Perpaduan pimpinannya, InsyaAllah akan terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Hassan berkata, pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat depan sangat penting bagi masa depan Anwar.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini

Anwar memberikan jaminan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang itu memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here