Ebit Lew jamu pasukan SAR negara di Turkiye KFC

0
3

PEDAKWAH bebas, Ebit Lew meluangkan masa menyantuni pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terbabit dalam misi bantuan gempa bumi di Turkiye.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ebit berkata, beliau juga berkesempatan menjamu mereka KFC serta beramah mesra dengan ‘hero-hero’ negara di sana.

Menurut Ebit, pengorbanan pasukan SAR negara sangat besar selain terpaksa bertugas dalam cuaca sejuk mencecah -12 darjah Celsius, masing-masing turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga.

“Sejuknya. Bahagia dapat bersama team penyelamat di Turki SMART Team. bomba dan APM. Belanja hero kita KFC.

“Banyak luahan dan kisah ilmu diperoleh dari hero kita semua ni. Rindu keluarga. Kesejukan sampai -12,” katanya menerusi Facebook.

Malah, Ebit meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan pasukan SAR negara sentiasa dilindungi kerana ada kawasan di Turkiye yang masih terasa gegaran.

“Wuduk dan ke tandas air sejuk macam ais. Berbual sikit dengan mereka. Mereka akan minta doakan terus buat mereka. Allahuakbar. Beberapa kali terasa gegaran.

Semalam, Ebit menzahirkan rasa sebak kerana berpeluang bertemu dengan hero Malaysia yang menyertai misi SAR di Turkiye.

Ebit berada di Turkiye sejak minggu lalu dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye yang kini mengorbankan lebih 42,000 orang termasuk di Syria. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here