Mesyuarat MKT tiada pecat, gantung ahli Umno – Isham

0
3

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak membincangkan isu pemecatan ataupun penggantungan mana-mana ahli parti itu.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, sebaliknya, mesyuarat MKT banyak membincangkan isu pemilihan parti khususnya membabitkan tataetika pemilihan parti.

“Banyak bincang isu pemilihan tiada isu penggantungan atau pemecatan.

“Berbincang soal etika kempen…kempen positif, jangan kempen negatif. Kalau kempen negatif parti lawan pun tengok,” katanya ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, malam ini. 

Sementara itu, Isham turut mengesahkan mesyuarat MKT itu bersetuju melantik Bendahari Umno Selangor, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  sebagai Ahli MKT Umno yang baru.

“Ya Tengku Zafrul dilantik sebagai ahli MKT,” katanya. 

Sebelum ini, Tengku Zafrul yang juga

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengesahkan akan bertanding jawatan ahli MKT Umno pada pemilihan parti Mac ini.

Hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin lain menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan Umno.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu Tengku Zafrul bertanding atas tiket BN di kerusi Parlimen Kuala Selangor, bagaimanapun tewas. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here