Zamri CEO Yadim baharu

0
3

PEGAWAI Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu.

Lantikan berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang sudah berkhidmat dengan Yadim sejak 2019.

Menurut kenyataan Yadim hari ini, Zamri berpengalaman dalam pentadbiran awam hasil khidmat beliau di beberapa agensi sebelum ini.

Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Lulusan Universiti Al Azhar itu juga pernah menjadi Pegawai Khas Hal Ehwal Islam kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum itu, Zamri juga Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim.FM di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

“Pengalaman beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan usaha dakwah diyakini akan dapat memacu Yadim selaku agensi peneraju gerakan dakwah untuk terus menyebar luas rahmah Islam selaras dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here