Tun Daim disiasat SPRM? 

0
3

DESAS-DESUS bertiup kencang bahawa Tun Daim Zainuddin adalah bekas Menteri Kewangan yang telah dipangggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan Pandora Papers yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit.

Desas-desus itu turut dikongsikan Ketua Penerangan Umno Isham Jalil dalam hantaran Facebook miliknya yang berkata, Daim dan keluarganya dipercayai dikaitkan dalam siasatan berkenaan. 

“Saya mendengar khabar bahawa SPRM telah memanggil Tun Daim Zainuddin berhubung siasatan berkenaan duit berbillion ringgit berkaitannya dan keluarganya di luar negeri seperti yang dinyatakan di dalam Pandora Papers. 

“Mengikut laporan media, siasatan tertumpu kepada aset-aset dan kekayaan luar biasa yang disalur ke akaun di luar negeri yang mana kekayaan dan aset-aset ini dipercayai atau mungkin diperoleh daripada kontrak-kontrak kerajaan,” katanya. 

Isham turut berkongsi khabaran anak kepada seorang bekas Perdana Menteri turut akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat ini. 

“Saya juga mendengar khabar bahawa anak bekas Perdana Menteri (kemungkinan besar anak Tun Mahathir) juga akan dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.

“Saya syak bahawa SPRM mungkin telah membuka kotak Pandora berkenaan kes kleptokrasi terbesar dalam sejarah Malaysia atau dunia,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan SPRM telah memanggil seorang bekas Menteri Kewangan yang  berusia 84 tahun untuk dirakam keterangan kerana memiliki kekayaan luar biasa di luar negara. 

Bekas Menteri Kewangan dan keluarganya itu dikaitkan dalam siasatan Pandora Papers dan dipercayai memiliki 12 syarikat luar negara. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here